Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara peserta kontinjen yang melakukan lintas hormat dan persembahan di pentas utama di Dataran Tun Tuanku Bujang, disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, malam tadi. Foto: Mohd Nur Khairuddin (TVS)

Sibu Street Parade 2023 berlangsung meriah, ribuan warga Sibu hadir

ByAhmad Burhanuddin

SIBU, 13 Ogos: Sibu Street Parade 2023 berlangsung dengan meriah dan jayanya apabila berjaya mengumpulkan ribuan warga bandar ini bagi menyaksikan perarakan yang diadakan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2, malam tadi.

Ia merupakan perarakan yang julung kalinya diadakan di Sibu bersempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Sebanyak 60 kontinjen menyertai perarakan malam tadi yang terdiri daripada agensi kerajaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah menengah.

Ribuan warga Sibu datamg menyaksikan perarakan yang diadakan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2, malam tadi. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Seorang suri rumah, Nursyawatiedina Abdullah, 46, berkata, dia berasa amat teruja kerana dapat melihat perarakan di sini.

“Sebelum ini saya menonton perarakan di Kuching yang berlangsung meriah.

“Saya harap program sebegini akan terus dilaksanakan setiap tahun kerana dapat mempromosikan pakaian tradisional pelbagai kaum di Sarawak terutamanya kepada golongan muda,” katanya.

Antara peserta kontinjen yang melakukan lintas hormat dan persembahan di pentas utama di Dataran Tun Tuanku Bujang, disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, malam tadi. Foto: Mohd Nur Khairuddin (TVS)

Bagi pekerja swasta, Nur Viana Stephen, 27, pula sudah menunggu seawal pukul 6 petang di pekarangan dataran tersebut bagi menyaksikan perarakan.

Kontinjen yang mengambil bahagian melakukan lintas hormat dan persembahan di pentas utama berhampiran kawasan Dataran Tun Tuanku Bujang yang disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada pukul 8.15 malam.

Sibu Street Parade 2023 berlangsung dengan meriah dan jayanya apabila berjaya mengumpulkan ribuan warga bandar ini bagi menyaksikan perarakan yang diadakan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2, malam tadi. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Perarakan itu seterusnya disambung ke Jalan Kampung Nyabor dan berakhir di Koridor Chuang dengan jarak sejauh dua kilometer (km).

Penonton kemudiannya disajikan dengan persembahan tarian pembukaan sejurus tamat perarakan.

Terdahulu, acara ‘flag-off’ disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew tepat pukul 7 petang.

Sambutan juga dimeriahkan dengan persembahan oleh Ramles Walter, Kumpulan Acapella, Airliftz, Rickie Andrewson, Chien Ng dan persembahan kemuncak daripada Hyper Act yang turut diserikan lagi dengan pertunjukan bunga api. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan