Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bagi menunggu keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Foto Bernama.

PH peroleh majoriti mudah di Selangor bentuk kerajaan

ByBernama

PUTRAJAYA, 12 Ogos: Pakatan Harapan (PH) telah memperolehi majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu untuk terus menerajui Selangor, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media di sini pada Sabtu memaklumkan PH telah memenangi 29 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Selangor setakat pukul 11.31 malam.

“Dengan ini ia berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Selangor merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 65 peratus, setakat pukul 4 petang pada Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018, PH membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 51 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan