LAHAINA, AMERIKA SYARIKAT, 13 Ogos:Â Angka kematian akibat kebakaran di Hawaii meningkat kepada 89, lapor AFP.
Berdasarkan jumlah berkenaan, kebakaran hutan Maui merupakan yang paling dahsyat yang pernah berlaku Amerika Syarikat sejak 1918, apabila 453 orang maut ketika itu Minnesota dan Wisconsin, menurut kumpulan penyelidik National Fire Protection Association.
Menurut anggaran rasmi, lebih daripada 2,200 struktur telah rosak atau musnah ketika kebakaran melanda Lahaina yang mengakibatkan kerugian mencecah US$5.5 bilion.
Beribu- ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.
Pihak berkuasa Hawaii kini memulakan siasatan punca kebakaran itu di mana penduduk mendakwa, mereka tidak menerima sebarang amaran.
âGunung di belakang rumah kami terbakar dan tiada siapa pun memberitahu. Kami hanya menyedarinya apabila api marak hingga ke seberang jalan rumah,” kata Vilma Reed kepada AFP.
Reed, yang rumahnya musnah akibat kebakaran itu berkata, dia kini bergantung pada sumbangan orang ramai.
“Ini rumah saya sekarang,” kata wanita 63 tahun itu sambil menunjukkan kereta yang kini menjadi tempat tinggalnya bersama anak perempuan, cucu dan dua ekor kucingnya.
Terdahulu pada Sabtu, pihak berkuasa wilayah Maui berkata, usaha memadam kebakaran masih diteruskan di Lahaina, Pulehu/Kihei dan Upcountry Maui yang merekodkan 80 kematian.-TVS