Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan dua buah kenderaan yang terlibat dalam nahas di Kilometer 7, Jalan Mukah - Oya malam tadi. Foto: IPD Mukah

Lelaki maut, sembilan cedera dalam kemalangan di Mukah

MUKAH, 13 Ogos: Seorang maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 7, Jalan Mukah – Oya dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Mohamad Rizal Alias berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Dimas Masri Hasnawi, 48, tersepit di tempat duduk penumpang hadapan kereta Perodua Bezza.

“Pada pukul 8 malam tadi, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan melibatkan dua buah kenderaan.

“Isteri mangsa berusia 45 tahun yang merupakan pemandu kereta pula patah kaki dan tangan.

“Kemalangan turut menyebabkan tiga anak mereka mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Rizal memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Perodua Alza yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun dari arah Oya menghala ke Mukah hilang kawalan.

“Kereta itu terbabas ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan kereta Perodua Bezza yang dinaiki lima sekeluarga.

Mohamad Rizal berkata, lelaki warga emas yang memandu kereta Alza itu patah kaki manakala anak lelakinya berusia 49 tahun patah peha kiri.

“Tiga lagi penumpang kenderaan jenis Alza termasuk seorang perempuan berusia 59 cedera di bahagian kepala dan dua kanak-kanak turut cedera ringan.

Mangsa yang maut dan cedera telah dihantar ke Hospital Mukah manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan