Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri(dua,kiri) ketika merasmikan penutupan Pesta Sematan 2023. Foto: TVS

KPWKM pertimbang jadikan pemasangan CCTV syarat wajib baharui lesen taska

SEMATAN, 13 Ogos: Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai syarat wajib bagi pembaharuan lesen operasi taska.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu telah termaktub dalam Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 namun masih terdapat pengusaha taska gagal patuh.

Pemasangan CCTV dipertimbang sebagai pra syarat wajib taska.

Katanya, faktor kos pemasangan tidak boleh dijadikan alasan kerana harga CCTV kini lebih murah berbanding dahulu.

“Kalau kita dapati mereka (pengusaha taska) tidak memasang CCTV, maka tindakan boleh diambil.

“Sebelum ini ibu bapa telah diberitahu yang taska tidak boleh ditutup jika tidak mempunyai CCTV kerana apa yang penting taska itu selamat.

“Bagaimanapun kalau berlaku perkara yang tidak baik, taska berkenaan tidak lagi selamat, maka itu merupakan perkara yang perlu diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penangguhan Pesta Sematan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, perbincangan mengenai kaedah untuk memperketatkan lagi penguatkuasaan pra-syarat tersebut akan dibincangkan minggu ini di peringkat kementerian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan