Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah (berdiri tujuh kiri) dan tetamu lain bergambar bersama pada Infiesta Integrasi @ Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 di Lawas hari ini. Foto: Adeng Idrus

Hayati dan laksana MA63 ke arah Malaysia yang harmoni

LAWAS, 13 Ogos: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyeru rakyat Sarawak supaya mengukuhkan kesatuan bagi menyumbang kepada kejayaan negeri dan negara berasaskan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata dasar kesaksamaan dalam rakan pembentukan Malaysia penting kerana akan menjamin kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan negara.

Awang Tengah (lima kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Henry Sum, disaksikan oleh kenamaan lain. Foto: Adeng Idrus

“(Sehubungan itu perkara) yang menjadi hak kepada kita harus diletakkan di tempat yang sepatutnya demi kepentingan bersama,” katanya ketika merasmikan Infiesta Integrasi @ Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 di Lawas hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak juga mahu semangat MA63 itu terus menjadi landasan kepada kestabilan Malaysia yang merdeka.

Kemerdekaan, pembentukan Malaysia berasaskan tonggak MA63.

Kata beliau perubahan Majlis Mesyuarat MA63 menjadi Majlis Tindakan MA63 diharap dapat mempercepatkan perlaksanaan perkara yang telah dipersetujui.

“Tindakan ini akan dapat diambil kerana perkara ini telah dipersetujui oleh negeri-negeri lain terutamanya Sarawak dan Sabah sebab itulah yang terkandung dalam MA63,” katanya.

Awang Tengah (dua kanan) mengucapkan selamat jalan kepada peserta konvoi kembara merdeka. Foto: Adeng Idrus

Sementara itu, Awang Tengah juga mahu golongan belia agar melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam mengisi erti kemerdekaan negeri dan negara.

“Generasi inilah menjadi harapan masa depan negara dan negeri untuk memastikan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan akan terus terpelihara,” ujarnya lagi.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Jaafar Jantan, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Azman Sipan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan