Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Situasi semasa di Pusat Media Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sementara menunggu keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu di ibu pejabat SPR hari ini. Foto Bernama.

Rasmi: PH-BN bentuk kerajaan di Negeri Sembilan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri, selepas memperoleh majoriti mudah 19 kerusi berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 10.12 malam ini.

Gandingan PH-BN itu, menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Pertang, Sungai Lui, Bahau, Lenggeng, Lobak, Temiang, Sikamat, Seri Menanti, Senaling, Pilah, Johol, Chembong, Kota, Chuah, Lukut, Sri Tanjung, Gemencheh dan Repah, daripada keseluruhan 36 kerusi.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi iaitu Serting, Bagan Pinang dan Gemas.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 1 Julai lepas selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pada PRU14, PH menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi dengan PKR (enam) dan Amanah (tiga), manakala BN memenangi 16 kerusi iaitu UMNO (15) dan MIC satu kerusi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan