Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan keputusan terkini bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di ibu pejabat SPR malam ini. Bersamanya ialah Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Isham (kanan). Foto Bernama.

PRN Selangor sengit, PH-BN menang 24 kerusi setakat ini

ByFirdaus Ismail

 

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Pengiraan undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor hari ini menyaksikan saingan sengit setakat pukul 11 malam tadi.

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah menang 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PH menang di DUN Kuala Kubu Baharu, Sungai Tua, Pandan Indah, Subang Jaya, Bandar Utama,Pelabuhan Klang, Teratai, Meru, Pandamaran, Banting, Seri Kembangan, Sungai Pelek, Sekinchan, Rawang, Bukit Antrabangsa, Seri Serdang, Bukit Gasing, Tanjung Sepat, Taman Templer, Lembah Jaya, Kinrara, Kampung Tunku dan Bandar Baru Klang.

BN pula menyumbang kerusi di DUN Sungai Air Tawar.

Setakat ini PN menang antaranya di Ijok, Sabak, Jeram, Gombak Setia, Sungai Panjang, Sungai Burong, Hulu Kelang dan Bukit Melawati.

Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dengan keputusan rasmi di 17 kawasan belum diumumkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan