Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon PN-PAS, N.03 Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob. Foto: Dato' Ahmad Yakob (Facebook)

PRN: Menteri Besar Kelantan kekalkan kemenangan di DUN Pasir Pekan

ByBernama

KOTA BHARU, 12 Ogos: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan berusia 72 tahun itu, menang dengan majoriti 12,811.

Ahmad mendapat 18,783 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Zamakh Sari Ibrahim yang memperoleh 5,972 undi.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Ahmad menang DUN Pasir Pekan dengan majoriti  8,352 undi menewaskan calon BN dan Pakatan Harapan (PH).

Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS merupakan penyandang kerusi DUN Pasir Pekan sejak PRU9, dan kemenangan ini menyaksikan beliau mengekalkan kerusi itu buat kali ketujuh.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan