Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain. Foto fail: Bernama.

PRN: Jangan lakukan sebarang perhimpunan raikan kemenangan – KPN

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua penyokong parti politik yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), supaya tidak melakukan sebarang perhimpunan mahupun perarakan bagi meraikan kemenangan, malam ini.

Razarudin berkata pihak polis akan bersiap sedia dan akan melakukan Op Kawal Mesra bermula 12 tengah malam nanti bagi memastikan kawalan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.

“Sekatan jalan raya ini bukannya disebabkan PRN, sebaliknya ia adalah sekatan jalan rutin yang biasa dilakukan setiap bulan di seluruh negara sebagai langkah pencegahan jenayah dan ketenteraman awam,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali.

Pada masa sama, katanya polis juga akan mengawal istana-istana negeri dan kediaman Yang Dipertua Pulau Pinang bagi memastikan tiada sebarang gangguan berlaku. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan