Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita meninggal dunia ketika hendak mengundi Gemencheh, di sini pagi tadi. Foto Bernama.

Peratus keluar mengundi setakat 1 petang, Terengganu dahului negeri lain

ByElani Rosllan

KUCHING, 12 Ogos: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri menyaksikan Terengganu mendahului iaitu 50 peratus manakala Kedah 49 peratus, Pulau Pinang 46 peratus, Selangor 44 peratus; Negeri Sembilan 42 peratus, manakala Kelantan 40 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lagi setakat 1 petang ini, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN pula merekodkan 47 peratus.

Bagi PRN di enam negeri kali ini, sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran telah dibuka bermula 8 pagi tadi yang melibatkan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 di Kelantan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan