Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana di Program Lawas Asian Floating Market Festival (LAFMF) 2023 yang diadakan berhampiran Tebingan Sungai Lawas dari 11 hingga 13 Ogos. Foto: Adeng Idrus

Peniaga gembira jualan Festival Pasar Terapung ASEAN Lawas laris

LAWAS, 12 Ogos: Usahawan kecil dari Sarawak, Brunei dan Indonesia berpandangan penganjuran Festival Pasar Terapung ASEAN Lawas (LAFMF) 2023 merupakan inisiatif tepat untuk membantu pergerakan ekonomi serantau.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Perbatasan Indonesia, Novliana Turan berkata, usaha berkenaan amat baik dan berharap akan diteruskan pada masa akan datang dengan beberapa penambahbaikan khusnya melibatkan jalan perhubungan.

Perahu JKKK Kampung Luagan Lawas yang mengambil bahagian dalam Program Lawas Asian Floating Market Festival (LAFMF) 2023 yang diadakan berhampiran Tebingan Sungai Lawas dari 11 hingga 13 Ogos. Foto: Adeng Idrus

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Indonesia yang menyediakan peluang kepada usahawan Indonesia dari Nunukan, Tarakan dan Krayan.

Pasar Terapung ASEAN Lawas 2023 promosi PKS tempatan

“Kami berharap akan dijemput lagi untuk program ini pada masa akan datang,” katanya kepada TVS hari ini.

Pengusaha dari Brunei, Alias Matusin yang menjual hasil laut turut memuji LAFMF 2023.

“Ini merupakan kali pertama saya sertai dan gembira kerana sambutan yang diterima sangat mengalakkan.

Antara penganjung di Program Lawas Asian Floating Market Festival (LAFMF) 2023 yang diadakan berhampiran Tebingan Sungai Lawas dari 11 hingga 13 Ogos. Foto: Adeng Idrus

“Jika dianjurkan lagi, saya bersedia untuk datang,” katanya. 

Alias turut berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang mengundang komuniti perniagaan dari Brunei yang menurutnya dapat mengeratkan lagi hubungan sedian terjalin membabitkan dua negara.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut melawat pasar terapung hari ini. Foto: Adeng Idrus

Pemilik perniagaan Nang Ori dari Sarawak, Awaeang Kwasin pula berharap kemudahan penginapan dapat diperbanyakkan lagi untuk peserta dari luar Lawas selain kemudahan lain di tapak gerai jualan.

“Sesuatu yang sangat menarik kerana ini kali pertama kita anjurkan pasar terapung di sini.

“Cabaran saya sebagai peniaga ialah untuk mendapatkan kemudahan inap desa pada hari pertama dan kedua namun pengalaman di sini sangat seronok dan berbeza,” katanya. 

Kebanyakan peniaga juga gembira kerana hasil jualan produk mereka laris sepanjang festival itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan