Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kewujudan spesies ikan lumba-lumba di Santubong Sarawak akan jadikan tarikan pelancongan. Foto Faitullah Morni. (TVS)

Pakej menaiki bot lihat ikan lumba – lumba bakal ditawarkan di Santubong

ByNazirah Adlina

KUCHING, 12 Ogos: Wildlife River Cruise yang melibatkan aktiviti melihat ikan lumba-lumba Irrawaddy atau dikenali empesut merupakan antara pakej pelancongan baharu yang akan ditawarkan di Santubong.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Yusfida Khalid berkata, menerusi kerjasama dengan pemain industri dan penduduk tempatan, pelbagai tarikan di situ akan dipromosikan kepada pengunjung luar dengan lebih agresif.

Selain itu katanya aktiviti menaiki bot untuk melihat pelbagai spesies burung, lawatan ke tapak sejarah Bongkissam yang dipercayai wujud sejak kurun ke-10 di Taman Arkeologi Santubong dan pembentukan batu semula jadi di Tanjung Tegok juga akan ditawarkan.

Kehadiran pelbagai spesies burung di Santubong turut menjadi tarikan pelancong. Foto Faitullah Morni (TVS)

“Pakej ini dijangka dapat dilaksanakan segera berikutan kawasan itu sudah mempunyai fasiliti dan hanya memerlukan penambahbaikan.

“Sebagai contoh, beberapa tempat memerlukan kemudahan baharu seperti tangga untuk memudahkan pelancong, jadi perkara ini akan dibawa kepada pihak yang berkenaan supaya fasiliti itu dapat disediakan bagi memudahkan pelancong dan seterusnya menjana ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Yusfida Khalid.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir Program Sarawak Product Experience (SPE), di sini baru – baru ini.

Menerusi program itu, STB turut menganjurkan sesi taklimat dengan komuniti di Kampung Buntal iaitu Responsible Tourism Initiative.

Mengulas lanjut, Yusfida berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan agensi pelancongan untuk melakukan promosi.

“STB akan membantu untuk mempromosikan kepada orang luar menerusi platform seperti Consumer Fair di Semenanjung Malaysia dan di luar negara,” jelasnya lagi.

Yusfida menambah pakej baharu tersebut akan fokus mempromosikan tarikan Santubong yang melalui jalan laut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan