Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki melihat keluar dari rumahnya yang dilanda banjir berikutan hujan monsun di Bago, pada Jumaat (11 Ogos). Foto: AFP.

Lima maut, 40,000 dipindahkan berikutan banjir monsun di Myanmar

ByAFP

BAGO, 12 Ogos: Banjir dan tanah runtuh akibat hujan monsun di Myanmar telah mengakibatkan lima orang terkorban dan memaksa kira-kira 40,000 yang lain dipindahkan, pada Jumaat.

Rakaman dari negeri Rakhine, yang dimusnahkan oleh Taufan Mocha pada Mei, menunjukkan sebahagian besar kawasan kampung dan tanah ladang ditenggelami air keruh berwarna kuning-coklat.

Setiap tahun sekitar masa ini, Myanmar akan dilanda hujan lebat namun kejadian cuaca ekstrem yang melanda seluruh dunia kebelakangan ini telah memburukkan lagi keadaan semasa.

Di Bago, timur laut Yangon, beberapa penduduk telah berpindah lebih awal manakala yang lain terkejut dengan air yang naik dengan cepat.

“Setiap tahun di Bago memang akan berlaku banjir tetapi kali ini adalah yang paling teruk. Biasanya, air setinggi lutut atau paha semasa musim hujan,” penduduk Bago, Soe Min Aung, 23, memberitahu AFP, sambil menambah bahawa keluarganya berebut untuk membeli bot.

“Ada sesetengah keluarga telah berpindah tetapi yang lain tinggal kerana mereka tidak menyangka airnya setinggi ini. Di sesetengah kawasan pula, paras air lebih tinggi… dua kali ganda ketinggian saya.”

Pada malam Jumaat, lebih 870 orang bersesak-sesak di dalam sebuah biara dan menerima makanan daripada sami dan bekalan yang diderma.

“Kami mengatur ruang untuk mereka tinggal,” kata pegawai tempatan Khin Maung.

Min Thaw, 66, berkata, tingkat bawah rumah dua tingkatnya dinaiki air dan mereka sekeluarga memilih untuk tinggal di tingkat atas.

“Saya fikir ia adalah banjir besar pertama dalam tempoh tujuh atau lapan tahun di Bago,” katanya.

Lima orang telah terbunuh, kata Lay Shwe Zin Oo, pengarah kementerian kebajikan sosial, bantuan dan penempatan semula Myanmar, dan jumlah orang yang dipindahkan di seluruh negara dijangka melebihi 40,000 pada hari Jumaat.

“Jabatan kami memberikan perkara yang diperlukan untuk isi rumah yang dipindahkan ke kem sementara,” katanya kepada AFP.

Pejabat Pertubuhan Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan menganggarkan kira-kira 50,000 penduduk Myanmar telah terjejas oleh hujan monsun lebat dan peningkatan sungai dan anak sungai sejak awal Ogos.

“Terdapat kerosakan besar pada tanaman padi monsun di Mon dan Kayin (negeri),” kata agensi itu dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa paras air di sungai Bago, Bilin dan Salween kini semakin surut.

Banjir bermula pada akhir Julai dan telah menjejaskan sembilan negeri dan wilayah, termasuk Rakhine, Kachin, Karen, Mon dan Chin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan