Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Annuar (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Poster Pilihan. Foto: TVS

Sekolah khas pelajar keluarga paling miskin dikhuatiri beri kesan psikologi negatif – Dr Annuar

SIBU, 11 Ogos: Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan sekolah khas pelajar keluarga paling miskin di negara ini dikhuatiri akan memberi kesan psikologi negatif kepada pelajar kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee.

Secara peribadi, beliau tidak bersetuju ekoran menurutnya projek rintis itu akan mengehadkan peluang para pelajar untuk mereka bersaing dengan dunia luar.

KPM disaran kaji semula pewujudan sekolah khas.

Beliau berkata kanak-kanak seharusnya didedahkan dengan cara yang lebih baik untuk bersaing dalam kalangan rakan sebaya namun tidak pasti sekiranya mengumpulkan mereka bersama akan membolehkan mereka bersaing sesama sendiri.

“Kerana saya tidak fikir ibu bapa ingin menghantar anak mereka ke sekolah yang digelar sekolah untuk pelajar miskin,” katanya.

“Maklumlah, ramai kanak-kanak ini daripada keluarga miskin, ini membuatkan mereka jadi lebih penakut. Dikhuatiri mereka tidak mampu untuk meningkatkan potensi diri mereka sendiri.”

Beliau berkata demikian pada Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak (SELES 2023) di Sibu pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu juga menegaskan terdapat lagi banyak cara lain yang boleh diambil kira oleh KPM untuk membantu pelajar miskin.

Antaranya, kata Dr Annuar dengan menyediakan pengangkutan khas untuk ke sekolah dan membina lebih banyak bangunan asrama untuk pelajar yang datangnya daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Kita sepatutnya ada cara lain, kaedah yang berbeza untuk menangani pelajar miskin. Terdapat banyak cara untuk membantu mereka. Bukan membina sekolah.

“Sekolah dah banyak, sekolah daif pun belum dibaik pulih, tetapi sudah ada sekolah khas untuk mereka (pelajar miskin),” tegasnya.

Menurut Dr Annuar lagi, polisi atau dasar untuk membantu pelajar miskin di negeri sudah lama dirancang dan dilaksana oleh Kerajaan Sarawak.

Jelasnya, hasrat Kerajaan Sarawak mewujudkan sekolah antarabangsa adalah untuk menampung atau memberi peluang kepada pelajar cemerlang B40 dari luar bandar untuk belajar di sekolah berkenaan bersama dengan pelajar antarabangsa.

“Kami sudah memulakan program itu. Sebab itu kerajaan negeri berpendapat bagi rakyat miskin, dari luar bandar mampu bersaing di tempat yang lebih kondusif di bandar,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan