Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Inovasi dan Keusahawanan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Hazwan Razak ketika dihubungi TVS secara dalam talian hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Rancangan ‘Crocodile Byte’ bantu syarikat pemula di Sarawak raih pelaburan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 11 Ogos: Program realiti terbaharu TVS, ‘Crocodile Byte’ yang akan mula disiarkan pada 14 Ogos ini menjadi platform untuk mengembangkan ekosistem syarikat pemula di Sarawak dalam pelbagai sektor yang berasaskan teknologi dan inovatif.

Menurut Pengurus Besar Inovasi dan Keusahawanan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Hazwan Razak, rancangan berkenaan menghubungkan syarikat pemula dan pelabur luar untuk berinteraksi serta meraih kepercayaan dalam dunia perniagaan.

Pengurus Besar Inovasi dan Keusahawanan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Hazwan Razak ketika dihubungi TVS secara dalam talian hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

“Sasaran kami rancangan ‘Crocodile Byte’ dapat membuka mata pelabur-pelabur bahawa ekosistem digital dan inovasi di Sarawak ini mempunyai syarikat pemula yang mempunyai potensi tinggi untuk berjaya dan berkembang pesat.

“Menerusi rancangan ini juga, kita juga menaruh harapan agar lebih banyak syarikat pemula menyedari bahawa memang ada pelabur yang ingin melakukan pelaburan.

‘Crocodile Byte’ bantu syarikat pemula raih pelaburan.

“Itu yang kami nak ketengahkan cuma mereka harus berani untuk mengorak langkah dengan menubuhkan syarikat dan kita akan beri sokongan dan bantuan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Mengulas lanjut, Hazwan berkata pemilihan 14 syarikat pemula dalam rancangan berkenaan dibuat oleh SDEC dengan kesemua syarikat mempunyai potensi perniagaan yang tinggi dan mampu menjana keuntungan.

Jelas beliau, syarikat pemula yang terlibat terdiri daripada syarikat dalam sektor e-dagang, pertanian, bioteknologi, perkhidmatan perisian dan pendidikan.

“Kami berharap daripada 14 itu, ada antara mereka akan mendapat pelaburan daripada panel-panel (pelabur) kerana kami telah memilih syarikat berpotensi tinggi untuk dilaburkan dan kami telah mempelawa ahli panel yang merupakan pelabur berpengalaman dan benar-benar ingin melakukan pelaburan,” ujarnya.

Untuk rekod, rancangan yang terdiri enam episod itu diterbitkan dengan kerjasama SDEC dan Creative Heritage & Innovation Community (CHIC) pada setiap Isnin pukul 8.45 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan