Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. Foto fail Polis KL (FB).

Mohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ yang baharu – PDRM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 30 Ogos ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP A. Skandaguru berkata jawatan lama Mohd Shuhaily akan disandang oleh Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.

Selain itu, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat DCP.

“Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur Datuk Noor Hisam Nordin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat DCP,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah SAC Alzafny Ahmad pula dilantik sebagai Setiausaha PDRM, Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara dengan memangku pangkat DCP.

Skandaguru berkata Allaudeen, Mohamed Usuf Jan, Noor Hisam dan Alzafny adalah antara 18 pegawai kanan yang terlibat dalam pertukaran jawatan, berkuat kuasa 30 Ogos ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan