Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail: Bernama.

Kerajaan akan sediakan dana bagi naikkan gaji pekerja di Malaysia – PM Anwar

KUALA SELANGOR, 11 Ogos: Kerajaan bercadang menyediakan dana bagi membantu menaikkan gaji pekerja di Malaysia, sebagai usaha membantu meringankan beban kos yang dihadapi rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri, selepas mengambil kira situasi di mana ada syarikat yang mengaut keuntungan hingga RM1 bilion ringgit, namun gaji pekerja mereka masih tidak dinaikkan.

Kerajaan usaha naikkan gaji penjawat awam.

“Jadi apa keputusan kita, kita kata macam mana pun dengan kos sara hidup dan inflasi walaupun rendah, tapi masih membebankan rakyat.

“Oleh itu kita cadang sekarang dan dah di peringkat akhir kajian, kerana kita tak boleh paksa syarikat untuk naikkan gaji pekerja, tapi boleh guna mekanisme seperti gaji minimum,” katanya pada ceramah Jelajah Perpaduan MADANI Grand Finale Kuala Selangor di Tapak Pasar Malam, Bestari Jaya, malam tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata lagi:

“Saya nak beritahu saudara-saudara, kita buat satu cadangan yang mengejutkan. Apa dia? Kita akan sediakan sejumlah wang atau RM1 bilion hingga RM2 bilion, untuk cari jalan naikkan (gaji),” katanya.

Justeru, beliau berkata cadangan itu akan membantu menaikkan gaji pekerja dari RM2,000 ke RM2,200, dari dana yang disediakan kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan