Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 diadakan bagi membolehkan orang awam khususnya golongan B40, mendapatkan lesen. Foto hiasan: Envato

JPJ Sarikei anjur Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2

SARIKEI, 11 Ogos: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei menganjurkan Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) MyLesen Kelas B2 di bawah Parlimen P.208 Sarikei.

Jabatan Penerangan dalam satu kenyataan memberitahu, program BLM merupakan satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan diselaraskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, bagi membolehkan orang awam khususnya golongan B40, mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2.

Melalui program itu katanya, orang ramai boleh memohon lesen (motosikal bawah 250cc) pada kadar yang lebih rendah, berbanding harga pasaran.

“Objektif program ialah meningkatkan daya upaya sosioekonomi golongan B40 dan luar bandar selain memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih mengutamakan keselamatan jalan raya.

“Program tersebut juga bermatlamat mengatasi masalah tidak memiliki Lesen Memandu Kelas B2 dalam kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada hari ini.

Syarat-syarat permohonan ialah warganegara Malaysia, berusia 16 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan mental, belum memiliki sebarang lesen memandu dan penerima bantuan kerajaan.

Sehubungan itu, penduduk Sarikei yang berkelayakan dipelawa menyertai program ini dengan menghubungi Akademi Memandu Ing Sdn. Bhd. Sarikei, Block 60, Batu 3, Jalan Repok, 96100 Sarikei (084-652741 / 010-982 3786) sebelum 18 Ogos ini.

Maklumat lanjut juga boleh menghubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei, Tingkat Satu, Lot 13 dan 14, Jalan Cross, 96100 Sarikei, Sarawak (084-644124 / 084-644126) pada waktu pejabat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan