Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Kuching, Nurhazimah Mahat dan pakar ortopedik, Dr Lee Woo Guan bersama pembantu pembedahan robotik (ROSA). Foto: KPJ Kuching

Hospital Pakar KPJ Kuching guna pembantu robotik dalam pembedahan lutut

KUCHING, 11 Ogos: Ke arah memodenkan rawatan perubatan, Hospital Pakar KPJ Kuching bakal menggunakan pembantu pembedahan robotik atau Robotic Surgical Assistant (ROSA) bagi pembedahan lutut.

Dalam inisiatif ini, KPJ Kuching bekerjasama bersama sebuah syarikat teknologi perubatan, Zimmer Biomet Holdings.

ROSA adalah teknologi yang akan membantu pakar-pakar ortopedik menentukan kedudukan yang tepat untuk implan lutut bagi pesakit yang menjalani pembedahan sendi lutut.

Menurut Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ, Nurhazimah Mahat, pembedahan pertama menggunakan ROSA dijadualkan pada hujung Ogos ini.

“ROSA merupakan tambahan penting kepada pembedahan ortopedik yang dijalankan oleh Pakar Bedah KPJ Kuching, Dr Lee Woo Guan.

“Pesakit mendapat manfaat daripada pengurangan risiko pembedahan masa, pemulihan yang lebih singkat, serta hasil yang lebih baik untuk masa jangka panjang selepas pembedahan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Dr. Lee Woo Guan yang melakukan lebih daripada 300 kes pembedahan sendi setiap tahun, memberikannya pengalaman pembedahan rumit seperti pembinaan semula pelvis dan pembedahan acetabular dan cukup cekap untuk mengendalikan ROSA.

Kos pembedahan menggunakan ROSA di KPJ Kuching adalah dalam anggaran RM36,000 untuk sebelah kaki dan mencecah sehingga RM70,000 untuk kedua-dua belah kaki, manakala kos pembedahan biasa untuk sebelah kaki beranggaran RM20,000 hingga ke RM26,000 dan untuk kedua-dua belah kaki mencecah RM50,000.

Cawangan KPJ Kuching menawarkan perkhidmatan ortopedik sejak 2005, dan perkhidmatan ini melibatkan diagnosis, penjagaan dan rawatan untuk masalah muskuloskeletal.

Perkhidmatan terapi seperti pengurusan patah tulang, penggantian sendi, artroskopi, perubatan sukan dan pembedahan tulang belakang, di samping rawatan berbeza untuk tulang, sendi dan otot turut disediakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan