Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ASP Ahsmon Bajah dan Supt Merbin Lisa menunjukkan gambar suspek dikenali sebagai Gege yang disenaraikan sebagai dikhendaki oleh pihak Polis. Foto: TVS

Geng Lan curi kabel tumpas, seorang masih diburu

KUCHING, 11 Ogos: Ahli ‘Geng Lan’, iaitu seorang bekas kontraktor Telekomunikasi Malaysia (TM) serta dua rakannya yang aktif menjalankan kegiatan mencuri kabel telekomunikasi di sekitar Kuching berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata kesemua suspek berusia antara 19 hingga 26 tahun termasuk seorang daripada suspek juga merupakan pengurus kedai barang lusuh di sini.

Beliau menambah mereka telah dicekup dalam satu rondaan pasukan Counter Aggresive Team (CAT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Gita di sekitar rumah kedai di Jalan Datuk Abang Abdul Rahim dan Jalan Setia Raja, sekitar jam 11.45 pagi (3 Ogos).

Dalam serbuan itu kata Ahsmon, beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri kabel termasuk empat keping resit disyaki transaksi penjualan dan pembelian kabel yang dicuri telah dirampas.

Beliau mendedahkan kumpulan yang dinamakan sebagai Geng Lan itu telah aktif dalam kegiatan mencuri kabel di sekitar Kuching dan beberapa kawasan sekitar sejak awal tahun ini berikutan kepakaran ahlinya iaitu bekas kontraktor TM yang menjadi perancang utama.

“Dengan tertumpasnya Geng Lan ini, kita percaya kita dapat menyelesaikan 18 kes melibatkan kecurian kabel dengan anggaran kerugian yang dialami sebanyak RM 200,000,” katanya.

Ahsmon berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, hari ini.

Hasil ujian air kencing katanya lagi mendapati suspek postif dadah serta mempunyai sembilan rekod jenayah lampau merangkumi kes dadah, pecah rumah dan curi.

Dalam pada itu, Ahsmon menasihati masyarakat agar menyalurkan maklumat kepada bagi membantu pihaknya mencari seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Gege yang masih bebas dan disenaraikan sebagai suspek yang dikhendaki untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan juga seksyen 411 kerana memiliki barang-barang yang tidak sah atau diklasifikasikan sebagai barang curi.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Merbin Anak Lisa dan Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuching ASP Ahmad Rosul Ab Rashid. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan