Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khairul Firdaus Akhbar Khan dan Datuk Sebastian Ting pada Majlis Perasmian Festival Tarian Antarabangsa di Muzium Budaya Borneo, Kuching, hari ini. Foto: TVS

Bantuan dana RM1.9 juta semarak aktiviti kesenian dan kebudayaan

KUCHING, 11 Ogos: Lebih 200 program dan aktiviti kesenian dan budaya yang membabitkan bantuan dana RM1.9 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dianjurkan pada 2019 hingga 2022.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata bantuan kewangan berkenaan adalah untuk menyemarakkan aktiviti kesenian dan kebudayaan seluruh negara.

“Di Sarawak sebanyak 14 program telah dilaksanakan dalam tempoh berkenaan membabitkan bantuan dana RM150,000,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Festival Tarian Antarabangsa keenam di Auditorium Muzium Budaya Borneo di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting.

Dalam masa sama, Khairul berkata penganjuran Festival Tarian Antarabangsa Edisi keenam itu berupaya merancakkan lagi ekonomi negeri.

“Festival tarian ini mengiktiraf transformatif seni tarian sebagai landasan untuk para penari menyerlahkan bakat.

“Penganjuran festival tarian ini meliputi pameran, tayangan filem dan persembahan luar yang akan membolehkan pengunjung merasai dunia tarian dari perspektif yang berbeza,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan