Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja membersihkan lumpur dan kelodak di luar kedai perabot selepas banjir akibat hujan lebat di bandar Zhuozhou di wilayah Hebei di utara China pada 9 Ogos 2023. Foto: AFP

Banjir di utara China, angka korban meningkat kepada 29 mangsa 

ByAFP

BEIJING, 11: Angka kematian akibat banjir di wilayah Hebei di utara China telah meningkat kepada 29 orang selepas banjir susulan hujan paling lebat dalam rekod selama beberapa hari, baru-baru ini. 

Menurut penyiar rasmi negara, CCTV, usaha menyelamat masih diteruskan untuk mencari 16 mangsa yang hilang.   

Tragedi kematian seumpamanya semakin banyak berlaku ketika musim panas kali ini, yang membawa hujan memecahkan rekod dan banjir melampau berikutan suhu lebih panas menyemarakkan pusingan cuaca yang kuat di hemisfera utara.  

Beberapa penduduk mendakwa mereka tidak menerima amaran yang mencukupi daripada pihak berkuasa tentang banjir yang akan melanda. 

Kerajaan China pada Rabu berkata, kerajaan akan memperuntukkan satu bilion yuan untuk membayar pampasan kepada penduduk di kawasan yang telah ditenggelami air.  

“Dana itu akan membayar kerosakan tanaman, ladang haiwan dan ayam, hutan komersial, rumah dan jentera pertanian,” ujarnya. 

Syarikat insurans di Beijing juga akan membayar sekurang-kurangnya 380 juta yuan dalam tuntutan untuk kerugian yang disebabkan oleh hujan baru-baru ini, menurut Xinhua. 

Hujan lebat dijangka akan berlaku pada hujung minggu ini dan pakar meteorologi memberi amaran tentang risiko banjir di kawasan pergunungan di barat daya China, termasuk wilayah Sichuan. 

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat di barat daya ibu kota Sichuan, Chengdu awal minggu ini, selepas air pasang yang tidak dijangka menghanyutkan sejumlah pelancong di Sungai Longxi. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan