KUCHING, 10 Ogos: Penganjuran Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2023 sebagai acara tahunan akan diteliti terlebih dahulu.
Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, beliau mahu melihat penganjuran kali pertama pada tahun ini sebelum membuat keputusan.
Taeyang bakal gegarkan Stadium Negeri Sarawak sempena BSMF 2023
“Jika ia berakhir seperti kumpulan The 1975 (yang mencetuskan kontroversi ketika membuat persembahan pada Festival Good Vibes (GVF) 2023 di Sepang), mungkin akan jadi kali pertama dan terakhir tetapi saya sangat yakin dengan penganjur serta artis-artis Asia yang lebih berdisiplin dan teratur berbanding artis dari Eropah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media BSMF 2023 di Bangunan Baitulmakmur II di sini hari ini.Â
Sementara itu, Abdul Karim memberitahu, kementeriannya juga membuat tapisan ketat terhadap artis-artis yang bakal membuat persembahan pada BSMF 2023.Â
“Kita semak senarai artis yang akan membuat persembahan. Kita mempunyai keyakinan terhadap nama-nama (artis) ini. Kita tak mahu artis yang pernah buat ‘havoc’.
“Contohnya macam The 1975, pergi mana pun mereka buat hal. Artis seperti itu sepatutnya sejak mula lagi tidak boleh masuk,” katanya. -TVS