Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota polis melakukan kawalan di sekitar Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Penaga, N.02 Bertam dan N.03 Pinang Tunggal di Dewan Millenium. Foto: Bernama

Polis terima lebih 1,500 laporan kesalahan PRN – KPN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 1,524 laporan melibatkan kesalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bagi tempoh 29 Julai hingga 8 Ogos lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata daripada jumlah itu, 629 laporan diterima di Selangor, diikuti Terengganu (289), Kedah (249), Kelantan (213), Negeri Sembilan (111) dan Pulau Pinang (33).

Beliau berkata sejumlah 103 kertas siasatan telah dibuka membabitkan 26 di Selangor, Kedah (23), Pulau Pinang (16), Terengganu (15), Negeri Sembilan (14) dan Kelantan (sembilan).

“Empat tangkapan telah dibuat pasukan Op Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan warga tempatan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Menurutnya daripada empat tangkapan itu, satu kes telah dituduh mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, dua kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta satu kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Razarudin berkata 13 kertas siasatan turut dibuka membabitkan kes fitnah dan kenyataan sumbang serta jelek melalui media sosial.

Beliau berkata 373 Pegawai Penyiasat ditempatkan di enam kontinjen bagi tujuan menyiasat kes-kes berkaitan PRN. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan