Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus hadir pada Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Sarawak 2023 di Kompleks Islam Sarawak Miri pada hari ini. Foto: TVS

Perpaduan tingkatkan ekonomi negeri – Rosey

MIRI, 10 Ogos: Kestabilan politik dan perpaduan amat penting bagi memastikan penjanaan ekonomi terus meningkat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, suasana aman disebabkan oleh perpaduan seterusnya akan menarik pelabur.

Di Sarawak kata Rosey, rakyatnya tidak bergaduh sebaliknya tekun bekerja untuk memastikan ekonomi mereka stabil.

“Oleh itu, kita perlukan kestabilan politik agar dapat bekerja dengan baik, ekonomi meningkat dan akan disalurkan semula pembangunan untuk rakyat. Itulah yang kita mahukan,” katanya semasa Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Sarawak 2023 Daerah Miri di Kompleks Islam Sarawak Miri hari ini.

Sementara itu Rosey berkata, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ dilihat sebagai aspirasi serta komitmen pemimpin bersama rakyat untuk muncul negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan rakyatnya.

“Oleh itu saya ingin menyeru kepada rakyat Sarawak untuk meneruskan usaha pemimpin terdahulu bagi mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat sekali gus merancakkan pembangunan,” katanya.

KMJG 2023 mula bergerak dari Kuching pada 8 Ogos 2023 yang melibatkan penyertaan Jabatan Penerangan (JaPen), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan IPD Miri dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan menjelajahi setiap pelusuk Sarawak hingga ke Lawas pada 13 Ogos nanti.

Pasukan konvoi ini seterusnya akan merentasi sempadan Sarawak hingga ke Sipitang di Sabah bersama-sama pasukan KMJG JaPeN Sabah dalam usaha menyebarkan mesei-mesej kenegaraan kepada seluruh rakyat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan