Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menyempurnakan Majlis Perasmian Jerayawara Pro-DR di Dewan Kampung Semop sambil diperhatikan yang lain. Foto: TVS

Peranan TEGAS komponen penting dalam agenda ekonomi digital Sarawak

MUKAH, 10 Ogos: Penubuhan dan peranan TEGAS yang diilhamkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diakui relevan dalam struktur pelaksanaan agenda digital ekonomi yang diperkenalkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, pada peringkat awal pengoperasian TEGAS tumpuan lebih ke arah kepada mempromosi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, pada peringkat awal pengoperasian TEGAS, tumpuan lebih terarah kepada mempromosi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).. Foto: TVS

Manakala, semasa Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem menjadi Ketua Menteri pula katanya, peranan dan aktiviti TEGAS dikembangkan dengan pelbagai fungsi termasuk mempromosi pendidikan bidang kemahiran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Apabila Premier Sarawak, Abang Johari memperkenalkan pelan agenda digital ekonomi, antara tindakan awal yang beliau lakukan ialah pembinaan bangunan TEGAS Digital Village (TDV) yang telah siap dan beroperasi sejak setahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Pendidikan dan Kerjaya Pro-DR di Kampung Semop pada Rabu.

Menurutnya, Premier Sarawak juga telah meluluskan dan melaksanakan pembinaan beberapa Pusat Inovasi Tegas di beberapa lokasi seperti di Sarikei, Miri dan Bintulu.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menyempurnakan Majlis Perasmian Jerayawara Pro-DR di Dewan Kampung Semop sambil diperhatikan yang lain. Foto: TVS

Malah katanya, program Pro-Dr TEGAS di Kampung Semop merupakan sebahagian aktiviti libat urus bersama masyarakat terutama warga belia dan para pelajar di 12 destinasi di seluruh Sarawak.

Program itu menurut beliau turut disertai oleh beberapa rakan strategik TEGAS seperti Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dan pusat latihan industri.

“Ia bukan hanya berkaitan kerjaya atau pusat lanjutan pengajian tetapi juga mendedahkan terutama warga pelajar perkembangan terkini teknologi pengunaan digital,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdullah yang juga Setiausaha TEGAS mengesa warga muda untuk tidak mengabaikan peranan dan potensi digital yang akan mempengaruhi masa depan dan urusan harian mereka nanti.

“Masyarakat secara amnya terutamanya warga belia harus segera mengampil kesempatan untuk menimba ilmu sebanyak mungkin tentang perkembangan dunia digital ini,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan