Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan kadar pengangguran menurun kepada tiga peratus tahun hadapan, berbanding 3.4 peratus yang dicatatkan pada tahun ini. Foto Bernama.

Pasaran pekerjaan dijangka terus kukuh pada 2023, 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Pasaran buruh Malaysia dijangka terus kukuh pada 2023 dan 2024, disokong oleh dorongan positif dalam ekonomi domestik, menurut MIDF Research. 

Katanya purata kadar pengangguran dijangka terus merosot kepada 3.5 peratus pada 2023 dan kembali kepada paras sebelum pandemik sebanyak 3.3 peratus pada 2024.

“Kembalinya pekerja bukan warganegara dijangka meningkatkan pekerjaan secara keseluruhan dan mengurangkan kadar pengangguran,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Pada suku pertama 2023, pekerjaan bukan warganegara berkurangan 4.4 peratus daripada paras sebelum pandemik. 

Pada separuh pertama 2023, pekerjaan naik sebanyak 2.7 peratus tahun ke tahun berbanding peningkatan 3.5 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2022 manakala pengangguran berkurangan sebanyak 10.4 peratus tahun ke tahun (separuh pertama 2022: 14.8 peratus) dengan kadar pengangguran pada purata 3.5 peratus. 

Kadar pengangguran Malaysia mencecah paras rendah baharu pascapandemik sebanyak 3.4 peratus pada Jun 2023.

Tenaga buruh dan guna tenaga, masing-masing naik 1.9 peratus tahun ke tahun dan 2.3 peratus tahun ke tahun pada Jun, disokong oleh momentum ekonomi domestik yang optimis.

“Peningkatan berterusan dalam pasaran buruh akan menyokong perbelanjaan pengguna berikutan nisbah penerima gaji kepada pekerjaan mencapai paras tertinggi baharu sebanyak 64.5 peratus pada 2021, antara lainnya, disebabkan dasar gaji minimum,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan