MIRI, 10 Ogos: Acara Miri City Street Parade pada 19 Ogos ini bakal diserikan dengan perarakan jalanan dan kapal berhias yang dijangka bermula pada jam 6 petang.
Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, acara yang dibahagiakan kepada dua kompenen perarakan itu bakal bertemakan budaya, futuristik, flora dan fauna menjangkakan kehadiran pengunjung bukan sahaja dari Miri tetapi juga dari luar negara.
Menurutnya perarakan sempena meraikan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di bandar raya ini selepas diadakan di Kuching dan Sibu.
“Kesemua acara ini sebenarnya dianjurkan di bawah Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting.
“Bagi sektor Miri, acara itu akan diadakan pada 19 Ogos,” katanya pada sidang media Miri City Street Parade 2023 di Dewan Bandaraya Miri hari ini.
Adam juga memberitahu pelbagai artiviti menarik seperti persembahan artis jemputan seperti Dayang Nurfaizah dan Bob Yusuf, gerai makanan, lalu-lintas perarakan, majlis penyampaian hadiah pemenang kategori kontinjen, simbolik penutupan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dan pertunjukan bunga api.
Laluan Miri City Street Parade akan diadakan bermula di Miri Marina Bay Terminal di Coco Cabana, Dewan Bandaraya Miri, Jalan Bandaraya, Jalan Marina Utama, Marina Commercial Centre, bulatan bersebelahan Pullman Hotel Miri dan The Wharf, Miri Times Square, keluar di Miri Times Square dan kemudian ke Jalan Bendahara.
Sebanyak 44 kontinjen yang menyertai perarakan ini dengan satu dari ekspatriat rombongan dari negara Filipina dan 43 kontinjen tempatan dengan 16 dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, tujuh dari sekolah menengah dan 20 dari persatuan komuniti Miri, selain 17 kapal berhias dan tiga pancaragam.
Orang ramai yang ingin menyaksikan perarakan berkenaan diminta meletakkan kenderaan di kawasan berikut iaitu tempat letak kenderaan di kawasan Marina, Centre Point dan berhampiran Miri Time Square. -TVS