Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang. Foto fail Bernama

Azizulhasni gagal dalam misi raih podium kejohanan berbasikal trek dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang gagal melangkah ke peringkat akhir saingan keirin elit lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland pada Rabu.

Laluan pelumba berusia 35 tahun itu tersekat, selepas beliau menamatkan aksi saringan pertama pusingan separuh akhir di kedudukan keempat, demikian menurut laman sesawang rasmi kejohanan UCI;www.uci.org.

Hanya tiga pelumba terpantas setiap saringan, akan mara ke aksi final.

Terdahulu, Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, mara ke pusingan separuh akhir selepas berjaya menempatkan diri selaku empat pelumba terpantas pada peringkat suku akhir.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan