Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan satu yang mendakwa dipukul oleh senior baru-baru ini. Foto Envato.

Wanita antara tiga ditahan disyaki terlibat pecah rumah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Polis percaya berjaya menyelesaikan empat kes pecah rumah di sekitar Petaling Jaya melibatkan kerugian RM24,800 dengan penahanan dua lelaki dan seorang wanita pada 1 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata kesemua yang berusia antara 29 hingga 43 tahun ditahan pada 2 petang di Plaza Tol Sungai Buloh.

Beliau berkata polis turut merampas sejumlah barangan daripada mereka antaranya satu kotak bertulis Versace mengandungi rantai, beg tangan jenama Coach, sebotol minyak wangi jenama Calvin Klein dan sebatang sepana Gaston berwarna hitam.

“Turut dirampas dua surat pajak gadai, sebatang pemutar skru, satu set kunci Allen dan tiga kunci Allen yang diubah suai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penahanan dilakukan susulan polis menerima laporan berkaitan satu kejadian pecah rumah di kawasan Damansara Damai, Petaling Jaya, pada 12.28 tengah hari, 30 Julai lepas.

Menurut Mohamad Fakhruddin, pengadu di dalam laporannya mengatakan semasa tiba di rumah pada 11.30 pagi hari sama mendapati pintu jeriji rumahnya terbuka dan telah dipecah masuk oleh individu tidak dikenali sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM2,700.

Katanya semakan mendapati kesemua suspek memiliki rekod kesalahan jenayah lampau dan penyalahgunaan dadah manakala seorang daripada mereka positif terhadap dadah jenis Methamphetamine.

“Kesemua suspek direman seminggu bermula 2 Ogos untuk siasatan lanjut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan