Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serpihan sampah dan daun berselerak di sebatang jalan di bandar Naha, Okinawa selepas diterbangkan angin kencang ketika dilanda Taufan Khanun, minggu lalu. Foto: AFP.

Taufan Khanun: Jepun dan Korea Selatan keluarkan amaran

ByAFP

TOKYO, 9 Ogos: Ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan dan pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran pada Rabu sewaktu ribut tropika Khanun melanda pantai selatan Jepun menuju Korea Selatan.

Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran risiko berlakunya banjir dan tanah runtuh yang mengancam nyawa di wilayah Kagoshima di pulau Kyushu, selatan Jepun manakala kira-kira 16,000 isi rumah dilaporkan terputus bekalan elektrik ketika hujan lebat melanda.

Menurut laporan AFP, Japan Airlines telah membatalkan 252 penerbangan yang menjejaskan kira-kira 25,000 penumpang, manakala Nippon Airways membatalkan 96 penerbangan, menjejaskan lebih 10,000 orang.

Dalam pada itu, perkhidmatan kereta api peluru “shinkansen” Jepun dihentikan di sebahagian laluan di selatan, manakala banyak komuter tempatan dan kereta api ekspres lain dibatalkan, kata Kyushu Railway dalam satu kenyataan.

Pokok tumbang akibat angin kencang yang dibawa oleh Taufan Khanun di bandar Naha, wilayah Okinawa minggu lalu. Foto: AFP.

Di Korea Selatan, taufan Khanun yang dijangka mendarat pada Khamis, telah menyebabkan hampir 80 penerbangan di 10 lapangan terbang dan berpuluh-puluh perkhidmatan feri digantung.

Seoul telah meningkatkan tahap amaran krisisnya ke tahap tertinggi, dengan taufan itu dijangka memberi “impak langsung ke seluruh negara” dari Rabu hingga Jumaat, kata Kementerian Dalam Negeri.

Ribut itu juga telah mendorong Korea Selatan memulakan pemindahan mereka yang berkhemah di Jambori Pengakap Dunia, yang sebelum ini dilanda gelombang panas.

Menteri Dalam Negeri Lee Sang-min pada Selasa berkata akan melakukan yang terbaik untuk bertindak balas terhadap taufan itu.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk bertindak balas terhadap taufan itu, supaya tiada kemalangan jiwa berlaku, dengan kawalan rapi dan pemindahan awal untuk kawasan berisiko tinggi seperti terowong bawah tanah dan tebing sungai,” katanya.

Satu lagi taufan, Lan, sedang terbentuk di Pasifik, dengan tiupan angin sehingga 108 kph dan diunjurkan oleh Agensi Meteorologi Jepun untuk bergerak ke barat laut ke arah pulau utama Honshu dalam beberapa hari akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan