Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto: Bernama.

Negara di landasan tepat untuk bergerak ke hadapan bangunkan ekonomi – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk bergerak ke hadapan terutamanya dalam membangunkan ekonomi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata untuk itu, pelbagai langkah berkaitan dasar kerajaan kini sedang digerakkan.

Beliau menyentuh perkara itu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Stadium Paroi, Seremban semalam yang turut dihadiri pemimpin parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

“Negara ini mesti diselamatkan daripada pihak yang bicara soal bersih berdegar-degar tapi realitinya jauh bertentangan.

“Kuasa yang diamanahkan mesti ditumpu kepada pemerkasaan hak serta ekonomi rakyat,” kata beliau.

Anwar berkata lantaran itu, rakyat pelbagai kaum mesti berpadu mendukung Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan pemerkasaan ekonomi rakyat.

Program berkenaan yang dibanjiri ribuan penyokong turut dihadiri pemimpin parti dari Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Warisan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan