Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto Bernama.

MOSTI beri penekanan kepada teknologi AI dalam pertanian

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberikan penekanan kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang pertanian, bagi meningkatkan daya tahan sektor agromakanan negara, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Beliau berkata selain itu pendekatan pertanian regeneratif dan tanaman berdaya tahan iklim, akan turut diberikan penekanan dan menjadi antara usaha yang diberikan tumpuan dalam menangani keterjaminan makanan negara.

“Kejayaan pelaksanaannya diharap dapat meningkatkan produktiviti yang boleh memberi manfaat kepada petani kecil,” katanya dalam artikel yang dikongsi kepada media hari ini.

Chang berkata selain penggunaan teknologi dalam pertanian, kerajaan juga menyediakan peruntukan sejumlah RM200 juta di bawah Agrobank, untuk dimanfaatkan bagi membantu penyediaan kemudahan pembiayaan.

“Ia sebagai antara usaha menyokong industri makanan tempatan, menjurus kepada peningkatan pengeluaran melalui penggunaan aplikasi teknologi moden dalam sektor pertanian,” katanya.

Chang berkata Malaysia tidak boleh lagi menjadi sekadar pengguna kepada teknologi yang dibangunkan oleh negara maju.

Sebaliknya beliau berkata masanya telah tiba untuk rakyat membangunkan keupayaan dan produk serta sistem sendiri, untuk kekal berdaya saing dalam kepesatan perubahan semasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan