Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Court hammer laying on book. Justice, trial and law symbol. Judgment.
Seorang lelaki berusia 37 tahun akan menjadi individu pertama didakwa mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang baharu atas kesalahan menghendap atau stalking. Foto hiasan: Envato

Lelaki ‘stalk’ jurugambar wanita jadi individu pertama didakwa jenayah mengintai

KUCHING: Seorang lelaki menjadi individu pertama didakwa mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan mengintai atau stalking susulan melakukan gangguan seksual dalam talian terhadap jurugambar wanita pada tahun 2018.

Menurut laporan The Star  lelaki berusia 37 tahun itu didakwa menghendap dan mengganggu secara seksual mangsa yang merupakan seorang jurugambar wanita selama lapan tahun dengan menghantar gambar lucah dirinya dan menghendapnya hingga ke United Kingdom.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, ketika dihubungi hari ini, berkata suspek berusia 37 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam sama ada hari ini atau esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam.

“Dia akan dibawa ke mahkamah Shah Alam pagi esok (10 Ogos) untuk menghadapi pertuduhan,” katanya hari ini.

Pada 29 Mac lalu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Kanun Keseksaan menjadikan menghendap oleh penghendap (stalker) secara fizikal dan dalam talian sebagai satu jenayah.

Seksyen 507A baru dimasukkan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk menjadikan perbuatan mengintai sebagai satu kesalahan dan mana-mana individu yang didapati bersalah, berdepan hukuman penjara maksimum hingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, media telah melaporkan bahawa polis telah menerima laporan mengenai gangguan seksual dalam talian yang dihadapi oleh jurugambar Acacia Diana sejak 2018.

Dalam satu untaian di Twitter pada bulan Julai, Acacia berkongsi pengalaman pahitnya dihendap dan diganggu secara seksual oleh seorang lelaki selama hampir lapan tahun.

Dia berkata pengalaman pahit itu bermula pada 2016 apabila dia mempunyai blog untuk mendokumentasikan perjalanan dan projeknya namun wanita itu telah menerima komen berunsur negatif di blognya.

Pada 2017, Diana mendakwa dirinya pernah menerima emel daripada beberapa akaun emel berbeza daripada lelaki itu untuk mengganggunya.

Dia mendakwa bahawa pada Ogos ketika dia berada di sebuah restoran makanan segera, seorang ‘lelaki menyeramkan’ datang kepadanya semasa dia bersama rakan untuk memberitahu bahawa dia (suspek) menyukai kerjanya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepadanya dan memberitahunya untuk meninggalkan kami sendirian,” katanya dalam untaian Twitter itu.

Dia juga mendakwa bahawa semasa dia belajar di United Kingdom pada November, dia mendapat panggilan daripada keluarganya mengatakan bahawa seorang lelaki datang ke rumahnya.

Lelaki itu memberitahu ayahnya bahawa dia mahu menjadi kawan Acacia.

Diana memberitahu semasa berada di UK pada Disember tahun lalu, dia mendapat tahu suspek telah mengikutinya ke sana dan turut mendaftarkan diri dalam kelas yang turut dihadirinya.

Tambahnya, suspek turut menghantar mesej di Instagramnya yang dia sedang melakukan onani.

Diana kemudiannya membuat laporan polis mengakibatkan suspek ditangkap di UK namun dibebaskan dengan ikat jamin sementara polis menyiasat kes itu di sana.

Menurut Diana, ketika polis di UK berhasrat mendakwa lelaki itu atas kesalahan gangguan seksual dan menghendap bagaimanapun suspek telah pulang ke Malaysia dan tidak hadir ke mahkamah.

Situasi semakin merungsingkan kata Diana sejak April tahun ini suspek terus mengganggunya dengan menghantar gambar kemaluannya.

Terdahulu, pada 29 Mac lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dengan memasukkan Seksyen 507A Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghendap.

Individu yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan