Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat lain memotong kek di Majlis Interaksi dan Kesyukuran atas Pemasyhuran Tan Sri Dr Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Kerajaan Persekutuan tiada kuasa mutlak pendidikan, perlu rujuk Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 9 Ogos: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tiada kuasa mutlak berhubung dasar pendidikan di Sarawak.

Premier Sarawak itu berkata, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah dimaklumkan oleh beliau bahawa segala keputusan mengenai hal ehwal pendidikan di Sarawak perlu dirujuk dengan Kerajaan Sarawak terlebih dahulu.

Kata beliau, penegasan berkenaan dibuat selari dengan sudut pendidikan, Seksyen 17 Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

“Setiap perkara berkaitan dasar pendidikan mesti rujuk terlebih dahulu kepada Sarawak walaupun pengarahnya merupakan Pegawai Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Makan Malam Sempena Program Interaksi dan Kesyukuran atas Pemasyhuran Yang Dipertua Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan