Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premis makan yang menggunakan nama 'Abang Jo' di Petaling Jaya. Foto: Sarawakku (FB).

Guna nama ‘Abang Jo’ untuk tujuan komersial perlu dapat kebenaran Premier Sarawak – Sarawakku

KUCHING, 9 Ogos: Tindakan sebuah premis makanan di Petaling Jaya yang menjual laksa Sarawak dengan jenama nama ‘Abang Jo’ sebagai nama kedainya mencuri perhatian di media sosial, hari ini.

Penggunaan nama tersebut dilihat mungkin merupakan strategi pemasaran pemilik kedai berkenaan untuk melariskan jualan pihak terbabit. 

Menurut satu hantaran Facebook Sarawakku yang dikongsikan Setiausaha Akhbar Premier Sarawak menerusi kumpulan WhatsApp rasmi media Pejabat Premier Sarawak, penggunaan nama Abang Jo tersebut harus mendapat kebenaran daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut hantaran itu lagi, premis tersebut disahkan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Premier Sarawak justeru itu nama Abang Jo tidak wajar digunapakai untuk tujuan pemasaran. 

Hantaran berkenaan juga menegaskan penggunaan nama Premier Sarawak untuk tujuan peribadi dan bukan rasmi memerlukan kebenaran daripada Premier Sarawak sendiri.

Sementara, hantaran berkenaan telah mendapat sembilan ‘share’ sejak dimuatnaik hari ini. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan