Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap di Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Komuniti Bahagian Sibu. Foto; TVS

Sibu dibangunkan semula sebagai bandar termoden di Sarawak – Abang Johari

ByNazirah Adlina

SIBU, 7 Ogos: Bahagian Sibu akan dibangunkan semula  untuk menjadikan wilayah tengah itu sebagai bandar termoden di Sarawak menjelang tahun 2035.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagi merealisasikan hasrat itu akan memerlukan kos berbilion ringgit.

“Kita perlu membina semula Sibu dan kita perlukan kerjasama orang Sibu dan kita perlukan dana. Dananya adalah antara kerajaan negeri, sektor swasta dan sektor awam adalah penting dalam menyediakan dana untuk tujuan pembangunan Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Komuniti Bahagian Sibu, di sini, malam tadi.

Pada majlis itu Abang Johari turut menyampaikan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 kepada 10 penerima di Bahagian Sibu.

Abang Johari menyerahkan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 kepada penerima Bahagian Sibu. Foto: TVS

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Dalam pada itu beliau menyatakan Sibu yang dibangunkan semula berpotensi untuk memberi impak positif kepada kawasan berhampiran seperti Kapit dan Sarikei.

“(Ini) bermakna Sibu akan kita bangunkan semula sebagai bandar termoden dan mempunyai cirinya sendiri. Kalau ini berlaku, impak positifnya akan sampai ke Kapit dan Sarikei.

“Apa yang berlaku di Sarikei dan Kapit akan menyokong Sibu. Sibu juga akan menyokong Kapit dan Sibu. Itu adalah entiti ekonomi kita,” jelasnya.

Abang Johari memaklumkan pembangunan Sibu dijangka akan mula dijalankan pada tahun hadapan.

“Insya-Allah dalam masa setahun ini, program pembangunan semula Sibu akan bermula pada tahun 2024,” kata Abang Johari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan