Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Datuk Dr Annuar Rapaee ketika lawatan tapak Projek Pembangunan Semula Kampung Datu, Sibu, hari ini. Foto: Nazirah Adlina (TVS)

Sibu dibangunkan sebagai kawasan industri pembinaan menjelang 2035

ByNazirah Adlina

SIBU, 7 Ogos: Ekonomi Sibu yang dahulunya bergantung dengan pembalakan akan berubah apabila Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan ia sebagai kawasan industri pembinaan menjelang 2035.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata industri pembinaan akan mewujudkan peluang pekerjaan dan sekali gus akan menarik kemasukan pelabur dalam sektor perkhidmatan.

Sejajar dengan rancangan berkenaan, beliau berkata kawasan Bukit Assek akan dibangunkan semula yang akan memberi impak positif dari segi sosioekonomi terutama dengan penerokaan industri pembinaan dan perkhidmatan.

Menurutnya fasa satu projek pembangunan semula kawasan Bukit Assek dijangka bermula pada hujung 2024 dan bakal mengambil tempoh 10 tahun.

“Sekarang ini kita dalam proses membangunkan Bukit Assek. Seperti yang saya telah nyatakan beberapa tahun sebelum ini, kita perlu membuat kajian yang mendalam berkenaan Bukit Assek.

“Kita perlu bangunkan sistem perparitan Bukit Assek dan pakar telah memaklumkan bahawa Bukit Assek merupakan kawasan bersebelahan di bawah paras sungai kita. Lebih kurang 1.5 meter,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan tapak ke Projek Pembangunan Semula Kampung Datu di sini, hari ini.

Turut menyertai lawatan itu adalah Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee.

Selain Bukit Assek, Abang Johari turut berkata Projek Pembangunan Semula Kampung Datu turut akan memberi impak kepada perubahan Sibu yang kini giat dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA).

“Sehingga tahun 2036, kita akan memberi suntikan dana pembangunan ke kawasan ini (Kampung Datu) dan pembangunannya akan dilakukan bersama-sama sektor awam dan sektor swasta,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan