Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan udara bandar Jakarta dengan pencemaran nombor satu paling teruk di dunia pada hari ini. Foto: TVS

Jakarta catat kualiti udara paling tidak sihat di dunia

ByTVS

JAKARTA, 7 Ogos: Kualiti udara di Jakarta kembali pada keadaan membimbangkan sejak pagi tadi.

Berdasarkan data laman web IQAir, bandaraya Jakarta, Indonesia menduduki tempat pertama sebagai bandar yang mempunyai kualiti udara paling tidak sihat di dunia.

Di Jakarta sendiri, setakat pukul 12.10 waktu tempatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sudah mencecah 178 maknanya menandakan udara tidak sihat, bukan sahaja untuk orang yang sensitif, tetapi juga untuk orang awam.

Menurut Jurucakap Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi, beliau menjangkakan kesan dalam aspek kesihatan jika udara tidak sihat berterusan di Jakarta.

“Dengan keadaan setakat ini, mungkin penduduk boleh memakai pelitup muka ketika melakukan aktiviti luar bagi mengelak udara kotor atau mengelak aktiviti luar apabila tidak perlu,” ujarnya.

Beliau juga akan menggesa Agensi Alam Sekitar Wilayah Jakarta mengambil tindakan segera bagi menangani situasi ini.

Bacaan nilai IPU dari 0-50 menandakan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 di tahap tidak sihat, 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas adalah di bawah tahap berbahaya.

Bacaan IPU Jakarta menjadi bandar dengan kualiti terburuk pertama diikuti Johannesburg, Afrika Selatan, dengan 158, manakala di tempat ketiga, bandar dengan kualiti terburuk itu diduduki oleh Doha, Qatar dengan 153. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan