Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Indonesia melakukan tinjauan untuk mengenal pasti lokasi lorong tikus di sepanjang sempadan Kalimantan Barat dengan Malaysia, menurut Agensi Pengurusan Sempadan Nasional (BNPP). Foto: Envato

Indonesia tinjau sempadan Kalimantan Barat-Sarawak, kenal pasti lorong tikus

ByBernama

JAKARTA, 7 Ogos: Indonesia melakukan tinjauan untuk mengenal pasti lokasi lorong tikus di sepanjang sempadan Kalimantan Barat dengan Malaysia, menurut Agensi Pengurusan Sempadan Nasional (BNPP).

Tinjauan selama tiga hari berakhir hari ini membabitkan kakitangan BNPP dan anggota tentera Indonesia di dua mukim di daerah Kapuas Hulu yang bersempadan dengan Sarawak, Malaysia.

BNPP dalam satu kenyataan menyatakan pasukan petugas turut menilai pergerakan rentas sempadan barang atau individu, kegiatan ekonomi dan masalah yang dihadapi penduduk.

Maklumat yang diperolehi bakal digunakan untuk rancangan penambahan pos sempadan, menutup lorong tikus atau meningkatkan pengendalian serta pengawasan oleh kementerian dan agensi berkaitan.

Terdapat empat pos sempadan di sepanjang perbatasan Malaysia-Indonesia sejauh 966 kilometer di Kalimantan Barat setakat ini.

BNPP turut memaklumkan tinjauan yang dilakukan tahun ini adalah yang ketiga sejak dilaksanakan di daerah Sambas dan Bengkayang pada 2020 dengan 29 lorong tikus ditemui.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 25 lorong tikus dikesan di daerah Sanggau pada tahun lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan