Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan pelakon yang akan menjayakan Drama Muzikal Rentap ‘The Battle of Bukit Sadok’, Anding Indrawani dan Melissa Francis serta pelakon-pelakon lain. Foto: TVS.

Drama Muzikal Rentap ‘The Battle of Bukit Sadok’ acara kemuncak Festival Menuai 2023

KUCHING, 7 Ogos: Festival Menuai dan Cerita Rakyat Sarawak 2023 yang merupakan acara tahunan kini kembali lagi dan bakal menampilkan drama muzikal sebagai acara kemuncak bertajuk Rentap ‘The Battle of Bukit Sadok’.

Pengarah Eksekutif Drama Muzikal Rentap ‘The Battle of Bukit Sadok’, Zaini Zainuddin berkata, persiapan latihan telah pun dimulakan sejak awal bulan ini.

“Persiapan untuk drama muzikal bagi bahagian lakonan telah dimulakan pada 1 Ogos. Dialog yang digunakan adalah dalam bahasa Melayu Sarawak dan bahasa Iban.

“Jadi, ia mengambil sedikt masa untuk pelakon bertutur dalam bahasa tersebut kerana ada pelakon dari Semenanjung Malaysia,” katanya ketika ditemui TVS pada majlis makan malam bersama produksi Drama Muzikal Rentap ‘The Battle of Bukit Sadok’ di Restoran D’Seafood Damai Sentral di sini, malam tadi.

Jelasnya, tayangan drama muzikal pada kali ini akan ditayangkan menerusi penstriman langsung dalam laman web acara dan berharap sambutan yang lebih menggalakkan daripada orang ramai khususnya warga Sarawak.

“Drama muzikal banyak dibuat di seluruh Malaysia, tapi drama muzikal ini merupakan kali pertama penstriman langsung di Sarawak. Ini merupakan drama muzikal selepas Teater Muzikal Puteri Santubong.

“Kita juga membuat kelainan kerana kita ingin memberitahu dunia bahawa seni drama muzikal boleh diadaptasi dengan pelbagai bentuk. Saya berharap drama muzikal ini mendapat sambutan lebih hangat,” katanya lagi.

Turut hadir sama barisan pelakon yang akan menjayakan Drama Muzikal Rentap ‘The Battle of Bukit Sadok’, Anding Indrawani dan Melissa Francis serta pelakon-pelakon lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi www.sarawakharvestfestival.com.my atau layari laman facebook Pesta Menuai dan Cerita Rakyat. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan