Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Remaja Piala YAB Premier Sarawak & Piala Puan Sri Juma'ani anjuran Persatuan Badminton Sarawak (SBA) di Kuching, hari ini. Foto: Kamilah Yunus (TVS)

Sarawak diyakini mampu beri cabaran dalam acara badminton SUKMA 2024 – Abdul Karim

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 6 Ogos: Sarawak diyakini mampu memberi cabaran dalam acara sukan badminton menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 kelak, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk menetapkan sasaran dalam menentukan kekuatan pemain bagi sukan badminton untuk temasya yang bakal diadakan di Sarawak kelak.

“Masih berbaki setahun lagi menjelang SUKMA 2024 menjadi faktor dalam menentukan kekuatan atlet untuk sukan ini. Jika berbaki dua hingga tiga bulan sebelum pertandingan, mungkin mudah bagi kita untuk menentukan kekuatan pasukan dari negeri lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Remaja Piala YAB Premier Sarawak & Piala Puan Sri Juma’ani anjuran Persatuan Badminton Sarawak (SBA) di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu percaya pasukan Sarawak merupakan antara pasukan yang disegani oleh pasukan dari negeri lain, susulan kualiti sukan badminton Sarawak yang dapat dilihat pada hari ini.

Mengulas lanjut mengenai tuan rumah, beliau berkata, Sibu dipilih untuk menjadi tuan rumah dalam menganjurkan sukan badminton untuk SUKMA tahun hadapan.

Sementara itu, dalam pertandingan yang sama, kategori remaja lelaki yang menjuarai pertandingan tersebut ialah Kuching Badminton Cemerlang manakala bagi kategori remaja wanita dimenangi Sarawak Energy Recreation Club. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan