Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni selepas sesi menandatangani plak Teratak Kasih Tok Nan Miri. Foto: TVS

Pusat Teratak Kasih Tok Nan kedua ditubuhkan di Miri

MIRI, 6 Ogos: Pusat Teratak Kasih Tok Nan Cawangan Miri merupakan teratak kedua yang telah ditubuhkan setelah yang pertama di Kuching.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, lokasi ini dipilih memandangkan terdapat peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan masyarakat Miri berdasarkan data yang diperoleh.

“Kita telah merasmikan satu pusat Teratak Kasih Tok Nan yang juga merupakan pusat kedua dibuka di Sarawak yang sebelum ini telah dibuka di Kuching. Mungkin perkara ini agak baharu untuk Bandaraya Miri.

“Tujuan tempat ini dipilih kerana kita mengamalkan satu ‘data driven policy’ yang menunjukkan terdapat peningkatan jangkitan HIV di kalangan masyarakat dan golongan berisiko.

“Golongan ini mempunyai gaya hidup yang memberikan risiko mendapatkan HIV,” katanya semasa Majlis Pelancaran Teratak Kasih Tok Nan Cawangan Miri di Jalan Hokkien Miri pada Sabtu.

Untuk rekod, kes kumulatif jangkitan HIV di Miri mewakili 18 peratus daripada jumlah jangkitan HIV untuk seluruh negeri Sarawak iaitu kedua tertinggi selepas Kuching dari tahun 2017 sehingga 2022.

Tambahnya, Pusat Teratak Kasih Tok Nan akan diadakan di sebuah lot rumah kedai dan akan datang, terdapat perancangan untuk mendapatkan sebuah tapak di Piasau Camp.

“Saya akan berbincang dengan pihak Residen supaya dapat memberikan fasiliti tersebut kepada kami kerana banyak NGO seperti Veteran Angkatan Tentera beroperasi di sana.

“Adalah harapan kami untuk membawa Teratak Kasih Tok Nan ke tempat tersebut memandangkan tempat ini baik untuk faktor penyembuhan,” katanya.

Beliau juga berharap kerjasama multi-sektoral melalui penglibatan sektor korporat seperti ‘Tripartite HIV Intervention Programme’ (THIP) akan dapat mempercepatkan sasaran Pelan Strategik Kebangsaan bagi mengakhiri HIV/AIDS menjelang tahun 2030.

Kerjasama mereka amat diperlukan dalam agenda mengakhiri AIDS memandangkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan berupaya untuk memenuhi 100 peratus pengurusan HIV dan AIDS dalam negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan