Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi mendengar penerangan tentang Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 di Kanowit, hari ini. Foto: Facebook Julaihi Narawi

Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 siap suku pertama 2024 – Julaihi

BySaibi Gi

KANOWIT, 6 Ogos: Bekalan dan tekanan air di Kanowit, Durin dan kawasan sekitar dijangka bertambah baik apabila Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 dijadual siap pada suku pertama 2024.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata projek yang kosnya berjumlah RM63.5 juta terbahagi kepada tiga komponen.

Komponen pertama melibatkan pembinaan stesen penggalak Durin.

Datuk Julaihi Narawi meninjau kemajuan projek di Kanowit, hari ini. Foto: Facebook Julaihi Narawi

Kedua ialah pembinaan tangki air aras tinggi yang berkapasiti 3.5 MLD di Bukong Jagoi.

Ketiga ialah pemasangan paip sepanjang 55 km dari Loji Air Salim Sibu menuju Kanowit.

“Kontraktor telah diingatkan supaya mematuhi jadual baharu yang telah diluluskan.

“Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) juga diarahkan supaya memantau kemajuan perlaksanaan projek ini bersama pihak konsultan dan jurutera,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Julaihi hari ini meninjau kemajuan projek berkenaan yang pelaksanaannya agak terlambat dari jadual.

Jangkaan tarikh siap baharu itu, setelah mengambil kira bahan binaan di tapak dan kelulusan penambahan masa (EOT) projek.

“Projek ini juga dijangka dapat menambah bekalan air ke kawasan Nibong Tada dan Machan selain kawasan Sibu Jaya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan