Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan. Foto:TVS

Muzium berperanan kekal, lindungi warisan sejarah

KUCHING, 6 Ogos: Institusi Muzium memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan melindungi warisan sejarah serta budaya, selain menjadi agen pengukuh kepada identiti masyarakat yang demokratik dan berdaulat.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, kewujudan Muzium Budaya Borneo mempamerkan pendekatan baharu oleh institusi muzium dalam pembinaan negara dan juga sebagai hab untuk kesinambungan tradisi.

“Hari Muzium Antarabangsa ini telah memberikan peluang yang terbaik bagi komuniti muzium untuk mendekatkan diri antara satu sama lain.

“Melalui pameran dan aktiviti yang diadakan secara langsung dan tidak langsung, kita mampu berkongsi ilmu dalam sektor muzium dalam mempromosikan kekayaan budaya sejarah kepada tempatan dan dunia,” katanya

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Penutupan Hari Muzium Antarabangsa di Hotel Riverside Majestic Pada Sabtu.

Tambah Karim, muzium berfungsi sebagai platform untuk Sarjana,Sejarawan dan Penyelidik untuk menyebarkan pengetahuan dan pengalaman mereka kepada masyarakat.

“Perkongsian pengalaman, pengetahuan, kepakaran dan juga inovasi telah membawa manfaat yang besar untuk membangunkan dan juga memperkasakan institusi muzium.

“Tema Hari Muzium Antarabangsa 2023 iaitu Kemampanan dan Kesejahteraan memberi impak yang positif dan juga inklusif untuk sambutan tahun ini,” ujarnya.

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa telah berlangsung dari 31 Julai sehingga 5 Ogos dan berjaya menghimpun sebanyak 27 muzium dan agensi dari  seluruh Malaysia termasuk Indonesia yang merangkumi 800 orang peserta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan