Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Simon Sinang Bada (tiga kiri) bersama Zaiwin Kassim (dua kanan) merakam gambar kenangan selepas melakukan upacara penutupan KTB. Foto: TVS

Manfaatkan keindahan Serian, variasikan program pelancongan

SERIAN, 6 Ogos: Penggiat pelancongan terutama di Sarawak harus memanafaatkan keindahan serta keunikan budaya yang terdapat di Serian bagi mewujudkan lagi pelbagai variasi program pelancongan dan kebudayaan.

Mengulas mengenai perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, Serian menawarkan kekayaan alam sekitar semula jadi meliputi khazanah bukit, sungai dan hutan yang masih belum diterokai.

Tambahnya lagi, perbezaan budaya yang terdapat di Serian turut menjadikan daerah itu unik serta berpontensi dalam merangka pelbagai aktiviti pelancongan dan kebudayaan sekali gus dilihat mampu menjana pendapatan penduduk setempat seperti beberapa program terdahulu.

Serian, ‘New Zealand’ kecil Sarawak – Abang Johari

“Kita telah laksanakan (sebelum ini). Apakah tujuannya? Tujuannya adalah untuk membawa pelancong ke daerah kita. Apabila mereka berbelanja, pengusaha-pengusaha kita mendapat faedah dan keuntungan dari program tersebut.

“Apabila pelancong yang sampai ke Kampung Pichin dan memerlukan penginapan yang selesa mereka akan memilih Hotel Serian. Bukan pengusaha hotel sahaja yang untung tetapi penduduk setempat juga kerana peluang pekerjaan juga ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Karnival Kenyalang Tourism Booster (KTB) kali keempat yang diadakan di Dewan Tayung Langun, Kampung Pichin Serian hari ini.

Katanya, apabila pandemik COVID-19 melanda, pelbagai aktiviti pelancongan terhenti seketika sekali gus merencatkan aktiviti ekonomi dan pembangunan di negeri ini.

Namun katanya, berkat kebijaksanaan pemimpin Sarawak yang diterajui Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerusi pelan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030, Sarawak kini diiktiraf sebagai salah sebuah negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia.

Dalam ucapan sama Dr Simon turut memuji Program Karnival Kenyalang Tourism Booster yang disifatkan beliau mampu membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat, selain membantu usahawan belia melalui program bimbingan dan latihan.

“Selaku ADUN Tebedu, saya menyambut baik program yang dibawakan dalam membimbing dan melatih para belia terutama dalam bidang keusahawanan kerana golongan belia ini adalah pemimpin pada masa akan datang,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan