Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak merangkap Pro Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap di Majlis Konvokesyen ke-7 UTS hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Graduan universiti bakal pemimpin bantu ubah masa depan Sarawak – Abang Johari

ByNazirah Adlina

SIBU, 6 Ogos: Majlis Konvokesyen ke-7 University Teknologi Sarawak (UTS) merupakan pengiktirafan serta penghargaan kepada pencapaian luar biasa graduan yang telah bekerja keras dengan penuh azam dan tabah sepanjang pengajian mereka.

Premier Sarawak merangkap Pro Canselor UTS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, graduan mempunyai kuasa untuk membentuk masa depan dan membuat perubahan.

“Graduan adalah pemimpin dan pengubah masa hadapan dan menjadi harapan bagi negeri ini untuk memberi impak positif serta menyumbang kepada perkembangan Sarawak dan Malaysia amnya,” katanya ketika berucap di Majlis Konvokesyen ke-7 UTS di sini, hari ini.

Beliau turut menyampaikan skrol kepada graduan di sesi kedua majlis, yang mana ia melibatkan seramai 192 penerima Sarjana Muda.

Seramai 347 graduan dari 20 program pengajian menerima skrol masing-masing di majlis konvokesyen universiti itu.

Bagi sesi pertama yang diadakan semalam, ia melibatkan 152 graduan termasuk (15) Sarjana dan seorang Doktor Falsafah (PhD) dan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak yang merangkap Pengerusi UTS, Datuk Dr Annuar Rapaee.

Turut hadir Naib Canselor UTS, Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid serta Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kuching, Raden Sigit Witjaksono.

Dalam pada itu majlis ini turut direkod sebagai hari bermakna bagi graduan serta universiti tempatan itu apabila buat julung kalinya diadakan di dewan serbaguna baharu UTS, Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud.

Dewan tersebut telah dirasmikan oleh Premier Sarawak dan telah siap dibina pada Jun 2023 dengan kos sebanyak RM150 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan