Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cynthia (enam kanan) bersama bersama Ahli Jawatankuasa Sehenti/ One Stop Committee (OSC) yang menjayakan 'Program Kampungku Bebas Dadah Bebas Dadah' di Rumah Nyudang di Jalan KJD, dekat sini pada Sabtu. Foto: AADK

Beri peluang penagih dadah berubah, mulakan kehidupan baharu

SIBU, 6 Ogos: Pengedar dadah adalah pihak yang perlu menerima hukuman berat kerana jika tiada pengedar dadah, mana mungkin ada penagih dadah, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing

“Namun, berbeza dengan penagih dadah, mereka perlu diberi peluang untuk berubah, merawat diri dan memulakan kehidupan baharu agar dapat berbakti semula kepada keluarga dan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Kampungku Bebas Dadah Bebas Dadah di Rumah Nyudang di Jalan KJD, dekat sini pada Sabtu.

Teks ucapannya dibaca oleh Timbalan Pegawai Daerah Sibu, Cynthia Ong Hshiang Ping.

ADUN Dudong itu berkata, kesediaan untuk menerima mereka kembali ke dalam pangkuan masyarakat merupakan penyumbang utama yang akan menentukan sama ada mereka akan berubah sepenuhnya untuk menjauhi najis itu atau menjadi penagih berulang.

Bagi penagih dadah, katanya, mereka harus dianggap sebagai ‘pesakit kronik’ yang sentiasa memerlukan rawatan dan sokongan moral bagi membolehkan mereka mengatasi penyakit ketagihan ini.

“Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, perlu menerima mereka dengan hati terbuka sekiranya anak mereka ditangkap dan dihantar ke pusat pemulihan.

“Ia bukan satu tindakan penganiayaan, sebaliknya ia merupakan pertolongan bagi memulihkan anak-anak anda agar mereka sembuh daripada ketagihan tersebut dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat selepas keluar daripada pusat pemulihan nanti,” ujar beliau

Justeru itu masalah dadah perlu ditangani dengan segera kerana dadah adalah musuh nombor satu negara sebelum ia boleh merosakkan masa depan generasi muda serta melumpuhkan pembangunan fizikal dan rohani rakyat.

“Kita dapati saban tahun ada sahaja penagih baharu terutama dalam kalangan remaja sama ada masih di bangku atau lepasan sekolah.

“Paling menyedihkan apabila ada pelajar institusi pengajian tinggi yang turut terjebak dengan perkara jijik ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Tiong menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya di kawasannya di DUN Dudong agar sentiasa menjaga keluarga dengan mengamalkan kehidupan sihat dan sejahtera.

“Sentiasa prihatin dan peka dengan perubahan anak- anak agar mereka terhindar daripada penyalahgunaan dadah,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan