Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, semasa melancarkan gimik perasmian. Foto: TVS

Bajet RM10 juta untuk Industri Kreatif Sarawak

MIRI, 6 Ogos: Bajet sekitar RM10 juta diperuntukkan untuk Industri Kreatif Sarawak yang boleh dimohon secara atas talian bagi mengadakan pelbagai program dan bengkel untuk masyarakat.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, golongan muda terutamanya digalakkan untuk memohon bajet tersebut bagi industri kreatif seperti fesyen, rekaan, filem dan sebagainya.

Beliau berkata, anak muda boleh memohon dan mengguna bajet ini dalam bidang fesyen, rekaan, filem, radio, fotografi, gastronomi atau makanan.

“Bajet untuk industri kreatif setiap tahun adalah sekitar RM10 juta yang diperuntukkan untuk mengadakan banyak bengkel seperti rekaan, fesyen, filem, fotografi dan semua yang berada di bawah industri kreatif.

“Oleh itu, manfaatkan bajet ini yang boleh dimohon secara atas talian di laman web kami,” katanya semasa Malam Gala Pekit Keling dan Kumang Raban Ngepan Iban Tikas Pulau Borneo 2023 di Hotel Meritz, malam tadi.

Tambahnya, wakil rakyat tempatan di setiap kawasan masing-masing perlu memberi bantuan dan peruntukan bagi menjayakan program yang melibatkan industri kreatif.

“Daripada kementerian, kita boleh lihat jumlah ini sesuai untuk setiap peringkat. Ada peringkat yang lebih besar sampai antarabangsa, kita perlu lebih RM100,000 dan sebagainya.

“Kita melihat rekod, latar belakang, kertas cadangan dan sebagainya. Kita juga berterima kasih kepada wakil rakyat tempatan kerana kadang-kadang mereka juga membantu memberi sedikit sebanyak peruntukan dan mereka boleh beri,” ujarnya.

Selain daripada industri kreatif, Snowdan juga menggalakkan mana-mana persatuan untuk memohon bajet bagi program yang melibatkan adat dan budaya.

“Usaha sebegini akan membantu meneruskan adat dan budaya kaum masing-masing di Sarawak, malah memenuhi matlamat kementerian supaya lebih banyak program dianjurkan dalam Sarawak dapat mencapai ke peringkat antarabangsa dalam usaha mempromosi Sarawak dengan lebih jauh seperti Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang diadakan baru-baru ini di Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan